Terkini

Dikritik Menyanyi Di Smule, Inilah Jawapan 'Win' Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi terkenal tanah air, Dato Siti Nurhaliza turut menggunakan aplikasi Smule untuk peminatnya. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila Siti dikritik oleh netizen gara-gara menggunakan aplikasi tersebut. 


 Dikritik Menyanyi Di Smule, Inilah Jawapan 'Pedas' Siti Nurhaliza Bikin Orang Tergaman!

Malah, ada segelintir pihak mendakwa ia boleh menjatuhkan kreadibiliti sebagai penyanyi terkenal. Bagi Siti, beliau berfikiran berbeza dari peminat malah mempersoalkan salah ke dia menggunakan aplikasi tersebut.

“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.


“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.

Bukan itu sahaja, bentuk badan yang kelihatan berisi turut menjadi persoalan kerana ada pihak mendakwa Siti hamil lagi. Namun, Siti menafikan dakwaan tersebut dan ianya mungkin dibuat gara-gara dia suka menarik baju di bahagian perut supaya tidak kelihatan berisi.

Dikritik Menyanyi Di Smule, Inilah Jawapan 'Pedas' Siti Nurhaliza Bikin Orang Tergaman!

Apapun, tentu pasti ramai peminat yang lain menyukai Siti menggunakan Smule dan pada masa yang sama dapat berduet dengan penyanyi idaman mereka.
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




No comments