Disebalik Kain Rentang Jadi Viral, Bakal Pengantin Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Yang Berlaku!

Semalam sekeping gambar yang memaparkan satu kain rentang yang menyatakan kenduri perkahwninan terpaksa dibatalkan telah menjadi viral di media sosial.



Nor Helme Roslan, yang sepatutnya bakal diijab kabulkan dengan Khairunnisa Illyasha semalam tidak kesampaian apabila dia telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

Menurut Khairunnisa, dia terkejut mendengar berita sedih itu dan tidak mampu menerima bahawa orang yang disayanginya telah pergi buat selama-lamanya.

Helmee akan selalu mesej saya apabila sampai di tempat kerjanya di Singapura sekitar pukul 4.30 pagi,” jelas Khairunnisa dalam keadaan teresak-esak.

Difahamkan motosikal yang ditunggang Helmee bertembung dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Seletar (SLE) pada Jumaat lalu di Singapura yang mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kepala.

Helmee dan Khairunnisa

Helmee tercampak ke atas jalan raya akibat perlanggaran itu manakala tayar belakang motosikal yang ditunggangnya terperosok ke bawah kereta.


Badan Helmee berlumuran darah akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Dia kemudian dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor Lianhe Wanbao.


Sementara itu, bapa saudara arwah, Musa Basar, berkata, biarpun sedih melihat gambar kain rentang itu viral di media sosial, namun mereka faham akan kesedihan yang dialami oleh keluarga saudaranya itu, lapor Harian Metro.

Keluarga pengantin perempuan menggantung kain rentang itu bertujuan memberitahu tetamu bahawa kenduri terpaksa dibatalkan.

Jenazah Helmee telah selamat dikebumikan di Johor Bharu pada Ahad yang lalu. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments