Header Ads

  • Terkini

    Dua Kanak-Kanak Diikat Dan Dilayan Macam Anjing

    Texas: Seorang ibu mengandung didakwa selepas polis menemui dua kanak-kanak diikat dengan rantai di halaman belakang rumahnya selain enam lagi budak yang didera di dalam rumah itu.


    BAHAGIAN belakang tempat dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips
    BAHAGIAN belakang tempat dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips.
    Porucha Phillips, 34, ditahan di San Antonio, Texas selepas jirannya menelefon polis pada jam 11.45 malam, Khamis lalu (waktu tempatan) selepas mendengar tangisan kanak-kanak.

    Polis menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diikat pada pintu menggunakan rantai anjing manakala adiknya berusia dua tahun ditambat pada tanah dengan rantai besi pada kakinya.


    Pendakwa Daerah Bexar, Nicholas LaHood berkata: “Pada saya keadaan itu terlalu menjijikkan. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh terfikir untuk melayan budak seperti itu.

    “Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan. Orang seperti ini tidak berhati perut.” - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad