Empat Ekor Gajah Mati Dipanah Petir

Colombo – Sebanyak empat ekor gajah termasuk dua anak gajah mati akibat dipanah petir di utara Sri Lanka dalam satu insiden terburuk melibatkan hidupan liar, lapor pihak berkuasa semalam.


Empat Ekor Gajah Mati Dipanah Petir

Seekor gajah betina berusia 25 tahun dan dua ekor anaknya, berusia 10 bulan dan dua tahun selain gajah betina berusia lapan tahun ditemui mati semalam di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Wilpattu.

“Penduduk kampung di kawasan kejiranan memaklumkan insiden itu kepada pihak berkuasa dan kami telah menjalankan bedah siasat,” ujar pakar veterinar hidupan liar, Chandana Jayasinghe yang mengesahkan kematian akibat panahan petir.


Orang ramai di perkampungan Mahavilachchiya, iaitu 250 kilometer di utara Colombo melaporkan hujan lebat diikuti guruh dan petir di kawasan hutan sejak Jumaat lepas iaitu lokasi haiwan tersebut mati.

Insiden itu merupakan yang terburuk melibatkan gajah sejak Februari 2011 apabila seekor anak gajah lemas di dalam banjir besar di bahagian tenggara Colombo.

Walaupun gajah berada dalam status paling dihormati, hampir 200 ekor haiwan tersebut dibunuh oleh penduduk kampung selepas secara tidak sengaja tersesat ke ladang tanaman mereka, manakala haiwan itu sendiri telah menyebabkan kematian 50 orang setiap tahun.

No comments