Terkini


Empat Individu Hilang 10 Hari Selamat Tiba di Kota Kinabalu

Empat individu yang hilang di perairan Kudat pada 2 Mei lalu selamat tiba di Kota Kinabalu (KK), pagi ini.


Empat Individu Hilang 10 Hari Selamat Tiba di Kota Kinabalu

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Kahar melalui Twitter agensi itu mengesahkan perkara berkenaan dan memuat naik gambar empat individu terbabit bersama pegawai berkenaan.

Dalam kejadian 2 Mei lalu, sebuah bot yang dinaiki empat individu terbabit hilang selepas ia karam ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Balambangan ke Kudat.


Mereka dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri berusia 30 tahun dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, warganegara China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin, 45, bersama pekerjanya yang merupakan warga tempatan, Armella Ali Hassan, 23.

Pada 8 Mei lalu, salah satu enjin bot berkenaan dijumpai tersangkut pada pukat nelayan, namun sebuah lagi enjin bot itu terjatuh semula ke dalam laut ketika pukat itu ditarik naik nelayan.

No comments