Terkini

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Tahniah diucapkan kepada peserta Clever Girl Malaysia, Fatin Nuraisya atau lebih mesra dengan panggilan Fatin yang berasal daripada Kelantan kerana menjadi juara bagi edisi pertama program berkenaan yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam pada malam semalam.


Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia

Fatin berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi dan mengalahkan tiga lagi pesaing beliau iaitu Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor, Mary Josephine Muhammad Houston dari Pahang  dan Lam Wai Chuin dari Perak.

Arina pula diumumkan  sebagai naib juara dan menerima wang tunai  bernilai RM10,000

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia

Menariknya, pemenang bukan ditentukan daripada undian SMS mahupun juri profesional tetapi berdasarkan kepintaran mereka dalam menjawab beberapa soalan kuiz yang sudah disediakan setiap minggu.


Clever Girl Malaysia memilih 14 gadis untuk mewakili setiap negeri yang ada di Malaysia dan penyingkiran diadakan setiap minggu bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia

Pada awalnya program Clever Girl Malaysia mendapat kritikan ramai kerana ada antara pesertanya tidak boleh membezakan Mahatma Gandhi dan Mother Teresa dan ada yang berpendapat soalan yang diberikan kepada peserta tidak cukup mencabar.

Namun, segala kekurangan sudah dibaiki dan program ini mula menarik perhatian penonton kembali sehinggalah episod terakhir. Sumber Berita : BH ONLINE.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments