Terkini

Helikopter Terhempas: Mayat Kedua Ditemui 10 Km Dari Pusat Operasi SAR

KUCHING: Mangsa kedua nahas helikopter di Sungai Batang Lupar ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pagi Sabtu.


Helikopter Terhempas: Mayat Kedua Ditemui 10 Km Dari Pusat Operasi SAR

Penemuan pada pukul 8.34 pagi itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi di sini.

Mayat mangsa yang masih terikat di tali pinggang keselamatan kerusi ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi SAR.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

Mayat mangsa diterbangkan ke Kuching dengan helikopter Nuri untuk dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak.

Pada Jumaat pasukan SAR menemui mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon berdekatan lokasi serpihan helikopter.


Selain Noriah helikopter itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian. - mstar
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments