Histeria Besar-Besaran, 50 Pelajar Termasuk Guru Dirasuk

KOTA BHARU – Kejadian histeria beramai-ramai yang menggemparkan dan berlarutan sejak Isnin lalu menyebabkan kira-kira 900 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II di sini diarahkan bercuti selama sehari pada hari ini.


Histeria Besar-Besaran, 50 Pelajar Termasuk Guru Dirasuk

Peristiwa yang merasuk lebih 50 pelajar dan beberapa orang guru berlaku selepas para pelajar mendakwa terlihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling seperti cacing kepanasan di atas lantai sebelum serangan histeria itu ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.


Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tetapi kebanyakan pelajar perempuan tidak berada di dalam bilik darjah kerana berkumpul di satu kawasan sekolah untuk membaca al-Quran dan doa.

Kosmo! difahamkan pelajar, guru dan kakitangan yang lemah semangat juga sudah diarahkan pulang awal semalam bagi mengelak diserang histeria. - Kosmo!

No comments