Ini Pula Respon Mia Ahmad Ekoran Saharul Ridzwan Bakal Nikah

Gara-gara penangan hebat diantara lakonan mantap pelakon Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan menerusi drama Hati Perempuan sebelum ini, ramai peminat yang mengaitkan mereka mempunyai hubungan cinta.



Namun apabila baru-baru ini Saharul Ridzwan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini, sekaligus segala dakwaan terhadap mereka meleset.

Mia Ahmad dalam pada itu memaklumkan beliau gembira mendengar perkhabaran itu selain menyifatkan segala gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan Saharul adalah tidak benar.

Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa dia akan berkahwin. Perempuan yang menjadi pilihannya adalah bukan saya, tetapi saya turut tumpang gembira. Namun saya tidak terkejut dengan berita itu. Ini kerana itu adalah bukti bahawa gosip yang mengaitkan kami bercinta selama ini adalah tidak benar”
“Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri,” katanya.


Sementara itu, apabila mengulas mengenai gosip hubungan cintanya bersama pemain bola sepak JDT, Mia berkata bahawa orang ramai terlalu pantas membuat kesimpulan apabila terlihat kami keluar bersama.

Namun begitu beliau akui bahawa dirinya senang sekali berkawan dengan jejaka bernama Izham Tarmizi itu.


Terdahulu, Mia pernah dikaitkan bercinta bersama Saharul Ridzwan gara-gara promosi yang hebat untuk drama Hati Perempuan suatu ketika dahulu.


 Ini Pula Respon Mia Ahmad Ekoran Saharul Ridzwan Bakal Nikah

Namun kedua-dua pihak menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa mereka hanya berkawan baik tanpa ada hubungan istimewa seperti yang diharapkan peminat mereka.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments