“Jadilah Lelaki Sebenar, Baru Boleh Pinang...”

RIYADH: Seorang lelaki Saudi terkejut apabila diberitahu oleh bapa gadis yang hendak dipinangnya supaya mengubah penampilannya sebelum dia boleh berkahwin dengan anaknya.


“Jadilah Lelaki Sebenar, Baru Boleh Pinang...”

“Bapa gadis itu memberitahu lelaki berkenaan, dia mesti menukar penampilannya kepada lelaki sejati supaya dia boleh mengahwini anaknya. Selagi dia tidah mengubah penampilannya, pinangannya tidak akan diterima,” lapor akhbar Sada dari bandar Baha, selatan Saudi.


Menurut laporan itu, bapa gadis berkenaan tidak berkenan dengan penampilan lelaki itu yang dikatakan kelihatan seperti wanita, dengan rambut panjang dan berpakaian ketat.

“Kelakuannya juga seperti wanita, menyebabkan bapa itu berpendapat, lelaki itu lebih wanita daripada lelaki. Rambutnya yang panjang tidak sesuai dengan seorang lelaki,” lapor akhbar itu. - Agensi

No comments