Terkini


Jasad Juruterbang Mungkin Tersekat Dalam Bangkai Helikopter

SRI AMAN, Ahad – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, jasad juruterbang helikopter yang terhempas di hulu Sungai Batang Lupar masih belum dijumpai dan berkemungkinan besar masih berada dalam bangkai utama helikopter.


Jasad Juruterbang Mungkin Tersekat Dalam Bangkai Helikopter

Beliau berkata, usaha menjejaki bangkai utama helikopter itu kini menjadi keutamaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kemungkinan Kapten Rudolf Rex Ragas masih di dalam badan utama helikopter, mungkin tersekat (tidak sempat keluar) sebab pakai tali pinggang,” katanya, pada sidang media di Pusat Operasi SAR di jeti Lingga, sebentar tadi.

Beliau juga berkata, pukat tunda akan digunakan dalam operasi tersebut, namun begitu pihak mereka perlu mendapatkan nasihat Jabatan Perikanan terlebih dulu bagi meneliti kesesuaian pukat.


“Kita akan teliti dengan mendapatkan pandangan jabatan terbabit. Kita tidak mahu penggunaan pukat ini menjejaskan nelayan tempatan dan tangkap ikan-ikan kecil. Kita guna pukat dibenarkan bukan yang haram,” katanya.

Buat masa kini, beliau berkata, operasi SAR babitkan pelbagai agensi mencari tidak akan dihentikan, malah jumlah anggota dan aset lojistik akan diganda dengan fokus carian masih kekal iaitu di darat dan sungai.

“Khidmat pasukan penyelam juga akan dikerah ke lokasi berpotensi di mana bangkai helikopter itu berada selepas membuat pemetaan di kawasan terbabit termasuk meneliti arus benak dasar sungai.

“Pagi ini beg galas jenama Camel ditemui selain penemuan serpihan helikopter pada jam 8.50 pagi serta kerusi helikopter pada jam 9.40 pagi.

“Penemuan ini serta serpihan yang lain, begitu membantu kita untuk menentukan di mana bangkai utama helikopter ini berada. Kita juga sedang kaji untuk mendapatkan lokasi berpotensi bangkai itu. Ia sedikit waktu ini sebab ada arus benak yang laju di dasar sungai,” katanya.
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments