Header Ads

  • Terkini

    JDT Juara Piala FA, Tumpaskan PKNS 2-1

    SHAH ALAM, Sabtu – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di bawah kendalian jurulatih Mario Gomez telah menewaskan pasukan PKNS FC dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir Piala FA malam ini.


    JDT Juara Piala FA, Tumpaskan PKNS 2-1

    Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini menyaksikan PKNS memperoleh jaringan pertama melalui sepakan penalti oleh Gabriel Miguel Guerra seawal minit ke-6.


    Tidak lama kemudian, pada minit ke-16, ketua pasukan JDT, Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti menjadikan kedudukan 1-1.

    JDT Juara Piala FA, Tumpaskan PKNS 2-1

    Seterusnya pada minit ke-35, pemain import JDT Jorge Pereyra Diaz menjaringkan gol kedua buat pasukannya seterusnya menjadi gol kemenangan JDT pada malam ini.

    Keputusan 2-1 kekal hingga tiupan wisel penamat.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad