Terkini

Kedai Kopi Pak Yeh Jual Nasi Berlauk Cuma RM1 Sepinggan

Percaya atau tidak, dengan kos sara hidup yang tinggi zaman sekarang, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan semurah 1 ringgit?


nasi berlauk kedai kopi Pak Yeh

Nasi, berserta lauk pauk berharga RM 1 ringgit ini dijual di sebuah gerai makan yang terletak di Tumpat, Kelantan iaitu kedai kopi Pak Yeh, kampung Bendang Kerian, Berangan ini mula menjadi tumpuan penduduk dan juga pelajar di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut pemilik kedai, Idris Awang, 69 berkata perniagaan yang diusaha ini sudah memakan masa 30 tahun dan pada sekitar waktu itu, nasi sepinggan bersama lauk cuma berharga 30 sen sahaja.


Berikutan peredaran zaman yang menyebabkan peningkatan harga barang dan sebagainya, pak cik Idris hanya menaikkan harga nasi berlauk pada harga RM1 sahaja.

kedai kopi Pak Yeh
Kedai Kopi Pak Yeh
Tambah beliau, walaupun dijual dengan harga murah sebegitu, keuntungan masih mampu diperoleh. Selain nasi dan lauk pauk, kuih muih juga turut dijual dengan harga 4 biji RM 1 dan 60 sen untuk secawan teh ‘O’

Semoga makin murah rezeki pak cik ni, ini bukan lagi berniaga, malah sudah dikira bersedekah sebenarnya. Semoga perniagaan pak cik dimurah rezeki dan tidak putus pelanggan ya.

Sumber: Era.fm

No comments