Terkini

Kejam!!.. Remaja Dirogol Bergilir 14 Lelaki Sehingga Mati

Kabupaten Rejang, Sumatera, Indonesia: Satu kejadian yang menyedihkan apabila seorang remaja perempuan yang hanya dikenali sebagai Yuyun telah dijumpai meninggal dunia dalam semak samun dipercayai dirogol beramai-ramai.


Kejam!!.. Remaja Dirogol Bergilir 14 Lelaki Sehingga Mati


Remaja terbabit yang dikatakan telah hilang pada pertengahan bulan lepas telah dijumpai tanpa pakaian dan mayatnya hampir membusuk semalam. Ketika ditemui, mangsa didalam keadaan tangan dan kaki terikat.

Hasil siasatan polis mendapati bahawa mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh 14 orang lelaki dan polis telah pun berjaya menahan kesemuanya.

Menurut suspek yang berjaya ditangkap menceritakan kejadian sebenar dimana ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah, mereka telah menarik mangsa ke dalam semak samun.


Kemudian, kaki dan tangan diikat serta dirogol bergilir-gilir oleh 14 orang lelaki sehingga mati. Mayat mangsa dibiarkan disitu sehingga dijumpai semalam.

Suspek yang berusia bawah 24 tahun telah berjaya ditangkap semalam mengikut laporan Polis Bengkulu Rejang. Dari 14 orang itu, terdapat 6 orang lelaki adalah rakan sekolah mangsa. Malah, mereka juga ditangkap atas kesalah meminum arak di bawah umur dan perbuatan lain.

Tambah suspek lagi, beliau mengakui bahawa ketika hari kejadian dia bersama rakan-rakan lain dalam keadaan mabuk kerana minum arak sehingga ternampak mangsa berjalan di kawasan mereka berseorang sehingga mereka bertindak di luar kawalan.

Yang paling kejam, suspek masih cuba merogolnya walaupun sudah mengetahui bahawa mangsa sudah mati dan lebih menyedihkan mereka membiarkan mayat di situ dengan hanya menggunakan daun untuk menutup mangsa.

Kejadian kejam ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah mereka harus dikenakan hukuman yang berat atas perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. - Kompas

No comments