(Gambar & Video) Lumba Pecut 'Drag Race' Berakhir Tragedi Ngeri

Sebuah pertandingan kereta pecut atau Drag Race yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan, lapor Bernama.



Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan maut selepas tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengah hari itu.


"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.


Di bawah adalah beberapa foto kemalangan kereta Drag Race di Miri.




---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




No comments