Terkini

“Kenapa Ibu Tak Pakai Tudung? Pakailah Tudung, Dosa Tau…”

Sebelum ini pelakon Zarina Zainuddin, 45, pernah mencetuskan kontroversi gara-gara dikatakan membuka tudung untuk terus berlakon drama.


“Kenapa Ibu Tak Pakai Tudung? Pakailah Tudung, Dosa Tau…”

Namun hakikatnya, pemilik Addura Marketing Sdn Bhd ini belum berhijab sepenuhnya. Tetapi hanya mencuba mengenakan tudung mengikut watak di dalam drama.

Setelah 22 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, tahun lepas barulah Zarina memperkenal wajah suaminya itu kepada umum.

Zarina dan suami dikurniakan empat cahaya mata lelaki iaitu pasangan kembar Mohd Razil Azrai dan Mohd Raizal Azrai, 20 serta Mohd Naim Azrai, 13 dan Mohd Adam Azrai, 10,


“Sebelum ini saya cuba-cuba pakai tudung, ikut karakter di dalam drama. Anak ketiga dan keempat selalu marah saya begini,  kenapa ibu tak pakai tudung? Pakailah tudung, dosa tau…

“Sampaikan anak bongsu tak kasi saya hantar berhampiran sekolah sebab katanya malu saya tak pakai tudung. Saya terdiam, tak terkata.

“Saya jelaskan pada anak-anak, ibu berlakon dan belum masanya lagi ibu pakai tudung. Anak-anak cakap, tak berlakon pun ibu masih boleh buat bisnes.

“Bagi saya hidayah itu milik Allah. Saya sentiasa berdoa mana tahu suatu hari nanti hati saya benar-benar terbuka untuk berhijab.

“Yang penting Allah tahu niat saya dalam lakonan yang merupakan rezeki saya dan keluarga. Manusia-manusia lain nak cakap apa pun, saya tak kisah,” jelas Zarina kepada Mangga Online sewaktu ditemui di kediamannya di Subang Jaya, Kuala Lumpur pada Rabu, 18 Mei.

Beliau baru selesai penggambaran drama Satu Cinta, ImamMudaku Romantik, Mr Secret Admire dan Waris Kampung Semarah Padi.
“Saya masih aktif berlakon sebab ini punca rezeki saya.
Saya suka bekerja sendiri dan tidak mahu terlalu bergantung pada suami. Ada watak sesuai dengan status isteri, ibu dan usia saya akan terima,” ujarnya.

Sempena Ramadan yang bakal tiba Zarina melalui syarikat miliknya Addura Marketing bakal mengeluarkan tudung dan jubah daripada kain jenis T-shirt rekaannya sendiri.

“Tudung dan jubah rekaan saya ini sangat ringan dan trendy, bersesuaian mengikut cita rasa masakini. Konsep tudung dan jubah yang selesai dengan semua majlis.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments