Terkini

Kereta Terbabas, Wanita Maut Tercampak Keluar

Alor Setar – Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu rakan lelakinya terbabas dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Telok Wanjah di sini, tengah malam tadi.


Wanita Maut Tercampak Keluar Kereta

Dalam nahas itu jam 12 tengah malam, kereta Honda City dinaiki mangsa, Lee Yen Thean, 24, bersama rakan lelakinya Jason Lee, 21, dari arah Telok Wanjah menghala ke arah lampu isyarat Tambang Badak, dekat sini, hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kereta itu kemudiannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Toyota Unser dinaki dua lelaki Ng In Kun, 51, dan Koo Choo Kuey, 61 yang datang dari arah Aman Central, dekat sini.


Beliau berkata, akibat pertembungan itu, Yen Thean yang juga seorang pekerja insurans tercampak keluar daripada kereta itu sebelum disahkan mati di tempat kejadian.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan kerosakan teruk pada besi pembahagi jalan.

“Tiga mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke HSB (Hospital Sultanah Bahiyah) dan KMC (Kedah Medical Centre), ” katanya, di sini tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikit Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH Online

No comments