Kertas Siasatan Kes Pistol, Peluru Dalam Kereta Safee Sali Sedang Disiapkan

Johor Bahru – Polis sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung kes penemuan sepucuk pistol berserta peluru hidup di dalam kenderaan pacuan empat roda (4WD) Ford Ranger milik pemain penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safee Sali.


Kertas Siasatan Kes Pistol, Peluru Dalam Kereta Safee Sali Sedang Disiapkan

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya akan menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.



“Kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa dalam masa terdekat untuk dapatkan keputusan. Setakat ini hasil siasatan kita mendapati Safee tidak terlibat dalam kes ini.

“Siasatan setakat ini tidak menolak kemungkinan pistol berkenaan adalah milik suspek (pemilik kedai aksesori kenderaan) dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. – Kosmo

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments