Kisah Disebalik Kejadian Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin

TAIPING: Seorang pelajar tingkatan dua yang kehilangan tangan kanan selepas disedut oleh mesin pam angin kini dalam keadaan stabil. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Syafiq Mohd Rosdi, 14 dikatakan agak trauma dengan kejadian tersebut dan masih belum mampu menerima kenyataan itu.


Kisah Disebalik Kejadian Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin

Mengimbas kembali kejadian tersebut, difahamkan pengusaha ladang itu menghidupkan enjin pam air itu untuk mengepam air ke reban ayam, namun dalam tempoh 10 minit kemudian, didapati air tidak sampai menyebabkan lelaki itu kembali ke lokasi dan menjumpai mangsa yang parah.

Selain putus tangan kanan, mangsa patah tangan kiri dan kaki kiri dan mengalami retak tempurung kepala serta lebam mata kanan.

BACA: Sayu!!.. Meracau, Terpinga-pinga Mencari Tangannya, Mana Tangan Abang?..

Mangsa yang dihantar ke Hospital Selama dipindahkan ke Hospital Taiping sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.


Menurut bapanya, Mohd Rosdi Md Shohor, 46 memberitahu bahawa anak kedua daripada tujuh beradik itu masih dalam keadaan emosinya terganggu.

“Kami cuba tenangkannya agar emosinya stabil dan kini dia dah sedar sebelah tangannya tak ada,” katanya.

Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin

Dia bersama isteri, Rozarita Mat Jom, 35, mengakui, tidak dapat menahan sebak setiap kali Mohd Syafiq menangis dan mengadu sakit.

“Kami cuma nak dia pulih cepat dan dapat hidup macam remaja lain, kami akan sentiasa beri sokongan kepadanya untuk terus kuat,” katanya.

Apapun, semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan moga-moga keluarga mangsa hadapi ujian ini dengan tenang. Sumber: Sinar Harian

No comments