Terkini

Lori Rempuh Treler, Kelindan Maut Dalam Nahas 5 Kenderaan

Seorang kelindan lori maut manakala isterinya parah apabila lori dinaiki merempuh treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 111 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.


Lori Rempuh Treler, Kelindan Maut Dalam Nahas 5 Kenderaan

Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain iaitu kereta model PERODUA Viva, Suzuki Swift dan Hyundai Getz.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, treler berkenaan bergerak perlahan di lorong kecemasan selepas tayarnya dikatakan pecah dalam perjalanan dari Butterworth menghala Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zuker Md Isa, berkata treler itu dilanggar dari belakang oleh lori dinaiki Zaidi Mansur, 37, disusuli tiga tiga kenderaan dari arah sama.


“Kemalangan menyebabkan kelindan lori yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang memandu lori berkenaan cedera parah.

“Pemandu treler dan tiga kereta lain hanya cedera ringan.

“Isteri mangsa yang berusia 29 tahun dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi rawatan lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: BH Online

No comments