Mayat Ditemui Terapung Dalam Loji kumbahan

Johor Baharu – Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sebuah loji kumbahan di Jalan Setia Indah 4/6, Taman Setia Indah di sini, pagi tadi.


Mayat Ditemui Terapung Dalam Loji kumbahan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Ronney Robert berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada jam 11.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Dua jentera bomba tiba di lokasi pada kira-kira jam 11.23 pagi dan operasi menaikkan mayat berkenaan berjaya dilakukan dalam tempoh kira-kira 15 minit.


“Seramai sembilan anggota terbabit dalam operasi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 12.11 tengah hari,” katanya.

Katanya, identiti mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti dan sudah diserahkan kepada polis untuk bedah siasat dan tindakan lanjut. – BH Online

No comments