Mayat Ketiga Nahas Helikopter Dikenalpasti Sebagai Ahmad Sobri

KUCHING: Polis telah mengesahkan mayat ketiga yang ditemui pasukan mencari berhampiran kawasan nahas helikopter adalah pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon iaitu Lans Koperal Ahmad Sobri Harun.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, mayat Ahmad Sobri telah disahkan oleh hospital dan kad identiti mangsa turut ditemui pada mayatnya.

Allahyarham konstabel Ahmad Sobri, berusia 26 tahun dan berasal dari Terengganu itu bertugas di Kuala Lumpur sebagai pengawal peribadi.

Baca: Helikopter Terhempas: Mesej Terakhir Ahmad Sobri

“Polis akan mengatur urusan membawa pulang mayat Allahyarham ke Terengganu,” katanya.


Muhammad Sabtu berkata, mayat Ahmad Sobri ditemui tidak jauh daripada kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri yang ditemui di Batang Lupar pada Jumaat.

Beliau memberitahu, operasi masih dijalankan bagi mencari mayat lain namun ia juga bergantung kepada keadaan cuaca, arus dan buaya.

No comments