Mayat Pendaki Hilang Sejak 16 Tahun Kini Ditemui Semula

Los Angeles – Mayat seorang pendaki gunung terkenal, Alex Lowe dan seorang jurukamera ekspedisi yang tertimbus dalam satu runtuhan salji di Himalaya 16 tahun lalu telah ditemui baru-baru ini.


Mayat Pendaki Hilang Sejak 16 Tahun Ditemui Semula, Alex Lowe


Balu Alex memberi­tahu dalam satu kenya­taan pada Jumaat lepas bahawa dua orang pendaki yang dalam perjalanan mendaki Gunung Shishapangma setinggi 8,013 meter, menemui dua mayat yang sebahagiannya mereput dari dalam glasier.

Mereka menerangkan bahawa pakaian dan beg galas yang ditemui bersama mayat-mayat itu adalah milik Conrad Anker. Conrad yang mendaki bersama Alex dan jurukamera berkenaan, David Bridges terselamat dalam insiden salji runtuh itu pada Oktober 1999, kata kenyataan itu.

Conrad membuat ke­simpulan bahawa mayat tersebut ialah Alex dan Bridges, jelas kenyataan tersebut.

“Alex dan Bridges telah hilang, tertimbus dan beku. Selepas 16 tahun, mereka baru ditemui. Kami sangat bersyukur,” kata balu Alex, Jenni Lowe-Anker.

Alex Lowe dan Conrad Anker. (Foto: Shris Noble)
Alex Lowe dan Conrad Anker. (Foto: Shris Noble)
Jenni mengahwini Conrad iaitu rakan suaminya pada tahun 2001. Mereka bersama-sama menubuhkan Yayasan Amal Alex Lowe dan tinggal di Bozeman, Montana.

Conrad menyatakan, penemuan dua mayat tersebut melegakannya.

Dia memberitahu majalah Outside bahawa walaupun tidak melihat gambar dan mayat tersebut, dia yakin mereka ialah Alex dan Bridges.

Alex Lowe
Alex Lowe 
“Mereka bergerak bersama. Beg galas North Face berwarna biru dan merah. Kasut but Koflach warna kuning. Kesemua barang tersebut hanya dikeluarkan pada masa itu. Selain itu, hanya mereka yang mendaki di kawasan itu,” ujar Conrad.

Alex dianggap sebagai pendaki gunung terbaik di dunia dengan gelaran Paru-Paru Berkaki. Dia meninggal dunia ketika berusia 40 tahun. - Agensi

No comments