Header Ads

  • Terkini

    Mayat Separuh Bogel Ditemui Di Tepi Landasan Kereta Api

    Satu mayat separuh bogel ditemui di tepi landasan kereta api berhampiran Kampung Manggis di Bukit Mertajam.


    Mayat Separuh Bogel Ditemui Di Tepi Landasan Kereta Api

    Mayat tidak berbaju itu dijumpai pekerja stesen kereta api berhampiran pagi tadi.

    Menurut laporan China Press, mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga Myanmar.

    Hasil siasatan polis mendapati kepala, tulang tangan dan kaki kiri mangsa patah dipercayai akibat dilanggar kereta api.


    Pasukan forensik turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

    Malam semalam, pemandu sebuah kereta api menghentikan lokomotif itu di Kampung Manggis, Bukit Mertajam selepas terlanggar objek dalam keadaan hujan.

    BACA: Padah Lintas Landasan, Remaja 16 Tahun Berkecai Dilanggar ETS

    Pemandu itu kemudiannya turun memeriksa keadaan bagaimanapun tidak menemui sebarang objek di sekeliling landasan. - FMT

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad