Melampau!!.. Warga Emas Dipaksa Bayar RM120 Cuci Kereta Pada Hujung Minggu

Kebiasaannya kos mencuci kereta adalah antara RM10 hingga RM12 sahaja di sekitar ibu kota, dan pastinya khidmat tersebut tidak melebihi RM20 bagi perkhidmatan biasa meskipun di tempat letak kereta di pusat membeli-belah.


Melampau!!.. Warga Emas Dipaksa Bayar RM120 Cuci Kereta Pada Hujung Minggu

Namun, berbeza dengan seorang warga emas yang terpaksa membelanjakan RM120 selepas dia menghantar keretanya untuk dicuci oleh seorang pekerja khidmat mencuci kereta, baru-baru ini.

Menurut Pengasas Malaysians Against Rape, Assault & Snatch (MARAH) Dave Avran, kejadian berlaku di pusat khidmat cuci kereta Top Auto dikawasan tempat letak kereta pasaraya Giant dekat bandar Kinrara, Puchong.

"Saya mendengar kekecohan dari pusat mencuci kereta itu. Seorang lelaki warga emas secara kuat sedang bertengkar dengan pekerja khidmat cuci kereta itu kerana membuang masanya, sementara pekerja itu dengan garang memberitahu warga emas itu bahawa dia tidak mahu membuat kerja,” tulis Avran di dalam blognya,Spankin DA Monkey.


Jelas Avran, warga emas itu yang mendakwa dia sering ke pusat khidmat cuci kereta terkejut apabila pekerja itu dengan tegas mengatakan bahawa dia telah membeli pakej mencuci kereta berharga RM120.

Pakej tersebut termasuklah pakej cuci premium bersama khidmat vakum dan cucian wap untuk membersihkan tempat duduk kereta, dan bukannya khidmat cuci kereta biasa (normal).

Walaupun warga emas itu secara lembut menolak pakej tersebut, pekerja itu dikatakan berkeras mahu mengenakan pakej itu dengan mendakwa ia sangat berbaloi.

“Warga emas itu menolak pakej itu dan berkali-kali hanya mahu keretanya dicuci secara biasa. Pekerja khidmat cuci kereta itu kemudiannya dengan keras menawarkan pakej itu dengan mendakwa ia murah dan berbaloi,” kata Avran.

Pekerja khidmat cuci kereta itu dikatakan mula ‘naik angin’ apabila tawarannya sekali lagi ditolak oleh warga emas itu, sebelum dia berjalan dan duduk di meja sambil menghisap rokok.

Warga emas berkenaan yang terpaksa menunggu lama di tempat letak kereta itu kerana telah menyerahkan kunci kereta kepada pekerja khidmat cuci kereta itu, sebelum dimaklumkan bahawa mereka hanya menawarkan pakej premium sahaja pada hujung minggu, dan tiada pakej “cuci kereta biasa”.

Suasana menjadi semakin tegang apabila warga emas itu mempersoalkan tindakan pekerja berkenaan yang mengambil kunci keretanya sedangkan mereka hanya menawarkan pakej premium sahaja pada hujung minggu.

Bagaimanapun, pekerja itu tidak dapat menerimanya dan bertindak balas secara agresif.

“Pekerja khidmat cuci kereta itu hilang sabar lagi dan melemparkan kunci kereta warga emas tersebut dan memberitahu dia tidak mahu meneruskan kerjanya. Warga emas itu kemudian memarahi pekerja berkenaan kerana membuang masanya,” tulis Avran, sambil menambah beliau turut mendekati pekerja itu untuk mendapatkan khidmat cuci kereta biasa, namun dimaklumkan bahawa mereka hanya menerima pakej (premium) sahaja pada hujung minggu.

Akibatnya, Avran dengan tegas menasihati pekerja khidmat cuci kereta itu supaya meletakkan papan tanda di premis mereka supaya pelanggan tidak keliru dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Susulan itu, kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Kementerian (KPDNKK) agar menjalankan pemeriksaan dan memantau pusat khidmat cuci kereta itu terutamanya di kawasan tempat letak kereta, bagi memastikan pengguna dapat menggunakan khidmat cuci kereta tanpa dipaksa untuk membeli pakej yang dijual dengan harga yang tidak munasabah. - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments