Terkini

MENGERIKAN!.. Doktor Wanita Ini Maut, Selepas Selfie Dengan Gajah

Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan yang juga destinasi pelancongan popular, di sini, semalam.


MENGERIKAN!.. Doktor Wanita Ini Maut, Selepas Selfie Dengan Gajah

Octavia Warahapsari, 25, maut di lokasi kejadian selepas diserang seekor gajah jantan Sumatera yang dirawatnya di pusat perlindungan Gajah Mungkur.

Seorang pegawai pelancongan Wonogiri, Senthot Sujarwoko berkata, Octavia bersama tiga gembala gajah memberi makan dan memandikan satu pasangan gajah yang baru dipindahkan ke pusat itu pada April lalu.


Katanya, mereka kemudian membawa dua gajah itu bersiar-siar di taman berkenaan sebelum Octavia mahu merakamkan gambar selfie dengan gajah jantan.
“Secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu terpelanting tiga meter.

“Octavia bangun dan cuba berlari, tetapi dia terjatuh sebelum gajah berkenaan terus meluru lalu memijaknya,” katanya.

Tindakan gajah itu turut menyebabkan seorang gembala yang berada di atas haiwan berkenaan terjatuh.

ANTARA gambar selfie Octavia dengan gajah yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut petugas di pusat berkenaan, Octavia gemar bergambar selfie dengan gajah yang dirawatnya sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial. - Agensi

No comments