Menumpang Di Balai Polis, 2 Jam Berjalan Kaki Selepas Dihalau Suami

Seorang wanita mualaf terpaksa berjalan kaki selama 2 jam sambil mendukung bayi lelakinya yang berusia 2 tahun ke Balai Polis, malam kelmarin.


Menumpang Di Balai Polis, 2 Jam Jalan Kaki Selepas Dihalau Suami

Difahamkan, Nur Fatihah dan anaknya telah dihalau oleh suami dari rumah mereka di Taman Koperasi Polis Fasa 1.

Mangsa yang kehilangan tempat bergantung itu, berjalan kaki sejauh 5 kilometer sebelum tiba di Balai Polis Setapak, lapor Harian Metro.

Menurut sumber polis, mangsa dan anaknya ditemui dalam keadaan yang letih dan meminta bantuan dari anggota yang berada di balai polis berkenaan.

Mangsa merayu agar dibenarkan berteduh di balai itu buat sementara dan akan beredar pulang ke rumah bapanya di Tanjung Sepat, Klang, Selangor pada awal pagi.


Kejadian itu dimaklumkan kepada Ketua Polis Balai Setapak, Asisten Superintendan Wee Bee Seng yang kemudiannya mengarahkan anggotanya membawa mangsa dan akannya ke Hotel Swiss Cottage, Setapak, bagi memboleh mereka menginap di situ.

Bersimpati dengan keadaan dua beranak itu, polis mennghulurkan bantuan serta barangan keperluan seperti lampin bayi, susu, pakaian dan makanan kepada mereka sebelum dihantar ke rumah keluarganya, semalam.
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments