“Merokok, Pergi Kelab Itu Hak Peribadi Saya” – Dayana Roza

Baru-baru ini, khabar berita mengenai Dayana Roza yang didakwa telah berhibur ke kelab malam dan turut dilihat merokok. 


“Merokok, Pergi Kelab Itu Hak Peribadi Saya” – Dayana Roza

Menjelaskan perkara tersebut kepada Kosmo! Online, Dayana percaya perkara tersebut adalah hak peribadinya. Ini kenyataan daripada Dayana Roza:

“Mengenai perkara itu, lebih baik saya mendiamkan diri daripada terus memanjangkan isu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerja. Bagi saya, perkara tersebut adalah hak peribadi, sementelah ia berlaku di luar waktu bekerja”

“Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja”

“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk. Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi,” jelasnya.

Selain itu tambah Dayana, namanya seringkali terpalit dengan kontroversi namun ia bukanlah strategi baginya untuk menjadi popular.


Bagi pelakon ini, dia mementingkan mutu kerja walaupun sebelum ini dirinya seringkali dilabel kayu ketika berlakon. Semoga Dayana tabah hadapi dugaan dunia hiburan.

No comments