Top Ad unit 728 × 90

recent

Nekad Sepak Kepala Buaya Untuk Selamatkan Diri

Tindakan nekad seorang lelaki menyepak kepala buaya yang menyambar kaki kirinya berjaya menyelamatkan nyawanya daripada dibaham reptilia itu, di Krango, di sini, petang semalam.


Nekad Sepak Kepala Buaya Untuk Selamatkan Diri

Dalam kejadian itu kira-kira 5.30 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Gadisman, 40-an membasuh kaki di tebing sungai selepas memasang pukat berdekatan.

Ketika itu, seekor buaya tiba-tiba muncul lalu menyambar kaki kiri mangsa, namun beliau pantas terajang kepala reptilia itu dengan kaki kanannya.

Selepas terkena tendangan itu, buaya itu melepaskan gigitan di kaki mangsa, namun selepas itu menyambar pahanya pula dan sekali lagi mangsa terajang kepala buaya itu sehingga reptilia itu melepaskan gigitannya dan melarikan diri.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian itu disaksikan dua anggota bomba serta seorang anggota bomba bantuan yang sedang memancing berdekatan lokasi kejadian.

Video: Ngeri Gadis Dibaham Buaya Di Kinabatangan, Sabah Tersebar.. Perut Buaya Dibelah.. Lihatlah Isinya... KLIK DISINI

“Kedua-dua anggota bomba terbabit yang ketika itu tidak bertugas, segera memberi bantuan dan membawa mangsa yang cedera di kaki ke Hospital Saratok dengan menaiki bot,” katanya.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sibu berikutan kecederaan agak parah di paha dan kaki kirinya. Sumber: BH
Nekad Sepak Kepala Buaya Untuk Selamatkan Diri Reviewed by Adam Hakimie on May 02, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.