Header Ads

  • Terkini

    Nora Danish Rancang Langsungkan Perkahwinan Selepas Aidilfitri

    AKHIRNYA khabar gembira yang ditunggu peminat setia Nora Danish menjadi kenyataan apabila pelakon itu mengesahkan dia bakal naik pelamin sekali lagi selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.


    Nora Danish Rancang Langsungkan Perkahwinan Selepas Aidilfitri

    Walaupun masih belum menetapkan bila tarikh pernikahannya bakal berlangsung, aktres comel itu berkata majlis itu tetap akan diadakan pada tahun ini.

    “Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,” katanya dipetik Harian Metro.


    Nora dan Nedim, masing-masing mempunyai seorang anak dari hasil perkahwinan terdahulu mula bercinta sejak tiga tahun lalu.

    Apa-apa pun semoga segala perancangan Nora dan pasangan berjalan lancar untuk mendirikan mahligai cinta abadi mereka.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad