Header Ads

  • Terkini

    Peminat Bertelagah Uqasha Senrose Benarkan Keith Foo Sentuh Pipinya

    Meskipun pementasan teater Ombak Rindu telah pun melabuhkan tirai sejak beberapa hari lalu, namun aksi dan lakonan teraju utamanya iaitu Uqasha Senrose dan Keith Foo masih menjadi bualan hangat ramai.


    Peminat Bertelagah Uqasha Senrose Benarkan Keith Foo Sentuh Pipinya

    Rata-rata memuji lakonan Uqasha dan Keith, namun di sebalik kata-kata pujian, terdapat segelintir peminat yang tidak senang dengan gambar yang dimuat naik Uqashadi laman Instagram miliknya yang mana gambar tersebut merupakan salah satu babak teater berkenaan.

    Apa yang mencetuskan isu kerana ada sebilangan pengikut laman sosial kurang senang dengan adegan Keith menyentuh pipi pelakon cantik itu.


    Tindakan Uqasha yang membiarkan Keith menyentuh pipinya dianggap tidak wajar memandangkan wanita itu tampil dengan imejnya yang bertudung dan disifatkan kurang sesuai untuk tatapan umum.


    Ruangan komen di IG Uqasha menjadi medan perbalahan apabila tak kurang ada pengikut yang tampil mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan mengatakan tindakan Uqasha dibuat kerana tuntutan kerja dan karekter supaya cerita yang disampaikan nampak lebih nyata.
    ---------------
    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad