Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya

Laman Facebook semalam kecoh selepas peniaga dalam talian GShock Ampang mendakwa kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah merosakkan bungkusan dan mencuri jam tangan G-Shock yang diposkan kepada pelanggan mereka di Kedah.


Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka, pembekal jam tangan Baby-G dan G-Shock dari Jepun itu menyatakan jam tangan G-Shock model GXW-56 yang diposkan pada 4 April lalu dan diterima dua hari kemudian oleh pelanggannya didapati telah ditebuk, ditukar dan dicuri oleh kakitangan Pos Malaysia.

Peniaga tersebut yang selama ini menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia menambah, pelanggan mereka telah datang ke Kuala Lumpur dengan membawa barang-barang bukti bagi membuat aduan di pejabat Pos di Shamelin, Cheras.


“Persoalannya ialah, barang yang dipos di Putrajaya sampai ke Kedah semua barang di bawah jagaan Pos.

“Siapakah kakitangan Pos Malaysia yang mencuri?Siapakah yang perlu diganti rugi?,” soal G-Shock Ampang.

Baca: Peniaga online haprak, sapu duit baki pelanggan dengan alasan mengarut

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan tersebut, peniaga itu turut mengemukakan tujuh bukti yang menunjukkan barang mereka telah dicuri oleh kakitangan Pos Malaysia.

Antara bukti yang dijelaskan oleh peniaga itu adalah plastik bungkusan asal telah ditukar dari saiz ‘L’ kepada ‘M’, tulisan di bungkusan cuba ditiru semula tetapi gagal; tiada pelekat ‘fragile’, bungkusan dibungkus dengan kemas sebelum dipos, kemudian jam dalam bungkusan dicuri dan digantikan dengan gumpalan plastik dalam bungkusan baru sebelum jam G-Shock yang ditebuk dan dicuri itu ditukar dengan jam yang lain.

Tambahnya lagi, jam yang diganti juga didapati dalam keadaan kotor, selain terdapat kesan cap jari pada jam tersebut yang dipercayai milik pencuri.

“Jam dipos di Putrajaya ke IPC, PL Alor Setar dan akhirnya dihantar oleh posmen. Semua barang di bawah jagaan (pejabat) pos,” jelasnya.

Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya

Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya

Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya

Peniaga Online Dedah Bukti Posmen Curi Barangan Dihantar Untuk Pelanggannya


Isu tersebut telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan sikap intergriti dan kejujuran kakitangan Pos Malaysia dalam melaksanakan tugas.

BACA: Cara Dapatkan Semula Duit Apabila Ditipu Peniaga Online

Susulan itu, jurucakap Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Tevon ketika dihubungi Malaysian Digest hari iini mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Katanya, Pos Malaysia sedang mengatur pertemuan dengan peniaga jam G-Shock itu bagi mendapatkan penjelasan secara terperinci berhubung kejadian itu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

BACA: Awas!.. Senarai 35 Peniaga Online (Internet/FB) Yang Pernah Menipu Pelanggan

Bagaimanapun, Tevon memaklumkan masa dan tarikh pertemuan masih dalam perbincangan. Namun katanya, Pos Malaysia akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung isu tersebut dalam masa terdekat. - mD
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments