Penjelasan Bangkai Kucing Di Perkarangan Kampus UTM, Kuala Lumpur

Pengarah kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Dr. Durrishah Idrus nenyeru supaya viral gambar foto menunjukkan beberapa bangkai kucing di perkarangan kampus tersebut dihentikan.


Penjelasan Bangkai Kucing Di Perkarangan Universiti Teknologi Malaysia

Durrishah menafikan dakwaan berlaku penganiayaan dan menyatakan bangkai haiwan tersebut diambil dengan kehadiran pegawai-pegawai keselamatan untuk tujuan siasatan.

Menerangkan secara lanjut dalam laman sosial Facebooknya, Durrishah berkata pihaknya mendapati kehadiran anjing liar dalam kawasan kampus sehari sebelum kejadian yang memungkinkan kucing tersebut mati digigit anjing itu.


“Apa yang berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

“Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi atau membelikan kucing makanan,” katanya dalam muatnaik tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara tersbeut telah selesai disiasat dan yang menyebar berita palsu pula telah memohon maaf kepada UTMKL secara rasmi.

Gambar foto lima bangkai kucing mati di kampus UTMKL menerima kecaman orang ramai yang khuatir kucing-kucing tersebut diracuni dan dibunuh secara kejam.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments