Terkini

Perogol Yuyun Serah Diri Selepas Sebulan Sembunyi Dalam Hutan

Bengkulu Sumatera: Selepas lebih sebulan melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan, salah seorang suspek yang terbabit dalam kejadian kejam menimpa seorang pelajar perempuan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh oleh sekumpulan 14 lelaki ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera tampil menyerah diri pada Sabtu.


Perogol Yuyun Serah Diri Selepas Sebulan Sembunyi Dalam Hutan

Memetik laporan Detik.com, suspek yang dikenali sebagai JF, 13, dihantar oleh ibu bapanya sendiri ke balai polis selepas mengaku melarikan diri ke dalam hutan setelah mengetahui rakan-rakannya ditahan pihak berkuasa.

“Tertuduh masih di bawah umur, dia menyerah diri setelah sebulan lebih bersembunyi di dalam hutan di kawasan TNKS.

“Dia dihantar oleh ibu bapanya sekitar 7.30 pagi waktu tempatan,” petik pegawai polis daerah Padang Ulak Tading, Iptu Eka Chandra kepada Detik.com, hari ini.

Suspek dikatakan pulang ke kampungnya yang terletak di Dusun IV Desa Kasie Kasubun selepas tidak tahan bersembunyi di dalam hutan dengan hanya memakan tumbuhan bagi meneruskan hidup.


“Selama dia melarikan dia, JF akui dihantui rasa takut. Takut terhadap mangsa lebih dari rasa takut dikejar polis,” kata Eka.

BACA: Kejam!!.. Remaja Dirogol Bergilir 14 Lelaki Sehingga Mati

Terdahulu, kisah menimpa seorang gadis yang dikenali sebagai Yuyun menarik perhatian ramai yang mana rata-rata meluahkan kemarahan berikutan insiden tersebut.

Menurut polis, dalam kejadian pada 2 April lalu mangsa dilaporkan telah ditarik ke dalam hutan sebelum dirogol 14 lelaki yang sebahagian besarnya berusia bawah 18 tahun.

BACA: Remaja Pembunuh, Perogol Gadis 14 Tahun Akhirnya Terima Hukuman

Kumpulan terbabit dikatakan dalam keadaan mabuk minuman keras bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir walaupun mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat Yuyun ditemui tiga hari kemudian dalam keadaan penuh lebam, bogel dan terikat dalam parit.

Sehingga kini, 13 orang suspek termasuk JF telah ditahan. Polis giat memburu seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai FR. - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments