Pesawat Aermacchi MB339CM TUDM Terhempas Di Pekan

KUALA LUMPUR, Selasa – Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia jenis Aermacchi MB339CM dilaporkan terhempas di Nenasi, Pekan, Pahang sejurus sebelum 1 tengah hari tadi.


Pesawat Aermacchi MB339CM TUDM Terhempas Di Pekan

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika menjalani penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari.


“Kedua-dua juruterbang pesawat itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal,” kata kenyataan itu.

Pesawat Aermacchi MB339CM TUDM Terhempas Di Pekan

TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan untuk mencari punca kemalangan. – Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments