Header Ads

  • Terkini

    Pesawat EgyptAir Membelok Secara Tiba-Tiba – Menteri Pertahanan Greece

    Pesawat EgyptAir yang hilang hari ini dikatakan 'membelok secara tiba-tiba' di ruang udara dan terjunam sebelum hilang daripada radar di selatan laut Mediterranean.


    Pesawat EgyptAir Membelok Secara Tiba-Tiba – Menteri Pertahanan Greece

    Menteri Pertahanan Greece, Panos Kammenos berkata, pada pukul 3.39 pagi pesawat berkenaan berada dalam laluan selatan dan tenggara pula Kassos dan Karpathos di Greece.

    “Sebaik sahaja selepas itu pesawat berkenaan memasuki wilayah maklumat penerbangan (FIR) Kaherah dan membuat belokan yang saya anggarkan 90 darjah di kiri dan kemudian 360 darjah ke kanan,’’ katanya.


    Tambahnya, pesawat berkenaan terjunam dari ketinggian 11,277.6 meter ke ketinggian 4, 572 meter sebelum hilang daripada radar.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad