Terkini

Pesawat Patah Balik Ke Subang Kerana Ancaman Bom Palsu

Sebuah pesawat komersial dalam penerbangan ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan yang mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan.


Pesawat Patah Balik Ke Subang Kerana Ancaman Bom Palsu

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 7.39 malam Selasa.

“Selepas beberapa minit berlepas, pihak lapangan terbang menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.


“Individu berkenaan memberitahu terdapat bahan letupan di dalam pesawat itu dan menara kawalan mengarahkan pesawat berkenaan berpatah balik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Beliau berkata, pesawat itu mendarat di lapangan terbang tersebut dan ditempatkan di kawasan khas sebelum diperiksa unit bom polis.

“Pemeriksaan mendapati tiada bom ditemui seperti yang didakwa,” katanya sambil menambah polis akan mengesan individu yang membuat panggilan palsu itu. – Bernama.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments