Polis Buru Suami Isteri Pukul, Rakam Gambar Bogel Pekerja

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua individu yang didakwa memukul tiga pekerja mereka di sebuah hostel di Fortune Perdana, Kepong pada 8 Mei lepas, bagi membantu siasatan.


Polis Buru Suami Isteri Pukul, Rakam Gambar Bogel Pekerja

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata kedua-dua suspek itu yang merupakan sepasang suami isteri dan menjalankan perniagaan secara dalam talian, menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita, pekerja suspek berusia 28 tahun pada 9 Mei lepas yang mendakwa dia dan dua wanita rakan sekerjanya dipukul majikan mereka menggunakan kayu sehingga cedera.


“Suspek turut didakwa bertindak kejam dengan merakamkan gambar bogel mangsa dipercayai untuk dieksploitasi,” katanya.

Munusamy berkata pasangan suami isteri itu dikatakan memukul ketiga-tiga mangsa kerana menuduh mereka mencuri wang syarikat sebanyak RM18,000.

Beliau meminta kedua-dua suspek agar tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya. – BERNAMA.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments