Terkini

Polis Curi Dengar Telefon Saya, Pantau Pergerakan, Kata TMJ

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim mempertikaikan tindakan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencuri dengar telefon bimbitnya, selain memantau pergerakannya dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.



“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman,” katanya dalam laman Facebook Johor Souther Tiger ketika sesi temubual mengenai perlawanan akhir Piala FA.

Tengku Mahkota Johor menjelaskan bahawa baginda bukanlah seorang pengganas atau berbahaya kepada sesiapa sehingga perlu dipantau.


“Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia,” ujar baginda.

Bagaimanapun, punca kepada kenyataan baginda itu masih tidak diketahui.

Mengulas mengenai perlawanan akhir Piala FA, baginda tidak meletakkan sebarang harapan kerana katanya berada di perlawanan akhir sudah dianggap sebagai satu pencapaian.

Baginda turut memaklumkan bahawa baginda akan menyertai Kembara Mahkota Johor selepas menyaksikan perlawanan itu.

No comments