Pramugari EgyptAir Seolah-olah Tahu Kematiannya Hampir Tiba

Kaherah – Empat bulan selepas menjadi pramugari dengan EgyptAir pada Mei 2014, Samar Ezz Deen memuatnaik ke dalam laman Facebooknya gambar menunjukkan seorang pramugari berjalan di dalam air sambil menarik beg sementara imej sebuah kapal terbang menjunam kelihatan di belakang.


Pramugari EgyptAir Seolah-olah Tahu Kematiannya Hampir Tiba

Samar, 27, ialah antara 66 orang yang terbunuh Khamis lalu apabila pesawat Airbus A320 milik EgyptAir terhempas di Laut Meditteranean selepas berlepas dari Paris untuk penerbangan menuju Kaherah.


Enam kru lain, tiga kakitangan keselamatan dan 56 penumpang adalah antara mangsa.

Samar Ezz Deen
Samar Ezz Deen memuatnaik ke dalam laman Facebooknya gambar menunjukkan seorang pramugari berjalan di dalam air sambil menarik beg sementara imej sebuah kapal terbang menjunam kelihatan di belakang.

Secara kebetulan, Samar mati tepat dua tahun selepas menjadi kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan Mesir itu.

Samar Ezz El-Deen
Samar Ezz El-Deen
Seorang rakan, Tamer Abdou berkata, Samar seolah-olah sudah meramalkan kematiannya. - Agensi.

No comments