Rasuah: SPRM Kedah Tahan 3 Anggota JPJ Perlis

ALOR SETAR - Tiga anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah kerana didakwa meminta suapan sebanyak RM1,500 daripada seorang pemandu lori.


Rasuah: SPRM Kedah Tahan 3 Anggota JPJ Perlis

Ketiga-tiga anggota itu yang berusia antara 30an-40an ditahan di pejabat JPJ di Kangar, pagi Isnin, untuk siasatan lanjut selepas pemandu lori berkenaan membuat aduan, Ahad lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian di Simpang Empat, Napoh pada 4 Mei lalu, tiga anggota JPJ berkenaan bertindak menahan lori yang membawa muatan dedak ayam untuk dieksport ke negara jiran dan hasil pemeriksaan, mendapati cukai jalan tamat tempoh selain membawa muatan berlebihan.

"Ketiga-tiga suspek meminta wang daripada pemandu terbabit bagi mengelak dikenakan tindakan saman.


"Mereka meminta sebanyak RM3000, menyebabkan pemandu itu menghubungi pengurus syarikat pengangkutan dan selepas berunding, bersetuju menurunkan kepada RM1500," katanya.

Menurutnya, wang tunai sebanyak RM500 diserahkan kepada suspek, manakala bakinya dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek kedua.

“Kesemua suspek berasal dari Utara dan direman selama lima hari, bermula Isnin,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

No comments