Terkini

Rayuan UPU Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016 Online

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Premier Sesi 2016-2017 Online. Permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier sesi 2016 akan di buka kepada pemohon yang gagal bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 buat lepasan SPM manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. 


Rayuan UPU Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016 Online

Untuk makluman, semakan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA - dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier adalah seperti berikut :-

Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-

  • Calon lepasan SPM/ Setaraf - 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016
  • Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016

Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara online dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online.

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016 Online

Bagi pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini.

Klik Applikasi (Akan dikemaskini) e-Rayuan UPU 2016 


Tahniah kepada yang berjaya dan anda boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan (JPP) mulai dari tarikh * akan dikemaskini (Tahun lepas 6 Mei 2015).



Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum atau pada * akan dikemaskini (15 Mei 2015) ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi UA atau JPP.

Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad.

Dasar KPM adalah tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam UA atau Politeknik Premier atau antara UA atau Politeknik Premier. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh penting rayuan adalah seperti berikut:

  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    (26 Mei hingga 31 Mei 2016 : Minggu akhir Mei 2016) Rayuan dalam tempoh 5 hari
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    (Minggu ke-2 Ogos 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hari
* Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa

Keputusan Rayuan UPU 2016

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2016

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

♦ Tarikh semakan dibuka
Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Jun 2016) Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan

Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-4 Ogos 2016)

♦ Cara buat semakan
Semakan secara online
Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  - http://upu.mohe.gov.my/web/

Semakan melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:

Taipkan: UPURESULT[No KP] 
Contoh: UPU  RESULT  970222016745
Hantarkan SMS ke 15888

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

Selamat membuat permohonan erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke IPTA yang dihajati.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments