Remaja Maut Digilis Tren ETS, Inilah Cerita Sayu Keluarga Mangsa

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Afendy Yaziz melintas landasan untuk ke sebuah kedai runcit yang terletak di seberang landasan tersebut. Malangnya, mangsa tidak dapat mengelak tren tersebut sehingga dia diseret sejauh 1 kilometer.


Remaja Maut Digilis Tren ETS, Inilah Cerita Sayu Keluarga Mangsa

Menurut ibunya, Saripah Kasim menceritakan Sebulan sebelum pemergian anak itu, arwah dikatakan ada membuat catatan di laman sosial Facebook miliknya mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian.

Malah, arwah juga sering meminta ibunya memasak pelbagai makanan untuknya.

Apabila mengimbau kembali kejadian tersebut, ibunya menjelaskan bahawa mangsa yang merupakan anak keenam dari sembilan beradik dikatakan baru selesai solat asar dan hendak melintas laluan tren tersebut, untuk membeli roti di seberang jalan.


Dalam kejadian pukul 4.40 petang di Kilometer 114, laluan Kodiang-Anak Bukit itu, Afendy bagaimanapun tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke KL Sentral tersebut, menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer.

Saripah berkata ketika kejadian, beliau berada di Padang Sera kerana ada urusan, dan arwah ketika itu berada bersama seorang lagi anaknya, Nurjannah, 15, dan nenek mereka.

"Ketika kejadian itu, tok dia terus la kelam kabut pergi tengok dan panggil Nurjannah tengok. Lepas itu memang panik tak tau nak buat apa dan telefon anak lagi satu yang duduk Alor Setar," katanya.

Kakak kepada Afendy, Hajar, 27, berkata bagaimanapun apa yang lebih menyayat hati mereka sekeluarga ialah tanggapan netizen di media sosial yang mengatakan bahawa adiknya membunuh diri, sakit mental, serta mempunyai masalah sosial.

Sebagai kakak yang paling rapat dengan arwah, beliau berkata, Afendy merupakan seorang anak yang sangat taat pada agama, dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada mereka sekeluarga.

"Dia seorang yang sangat lembut hati dan manja. Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah ketika pantang dia turut menjaga saya. Dia tidak akan keluar rumah malam-malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.
"Bayangkan, anak-anak muda sebaya dia, ada tidak nak buat macam dia. Saya sangat sedih melihat komen-komen netizen di laman sosial Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana," katanya dan meminta semua berhenti menyebarkan gambar arwah adiknya.

Setelah habis tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, arwah katanya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang untuk mengaji di sebuah pondok di Kedah.

Apapun, takziah kepada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aminn..

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments