Terkini

Remaja Pembunuh, Perogol Gadis 14 Tahun Akhirnya Terima Hukuman

CURUP: Tujuh remaja Indonesia dipenjarakan hari ini atas tuduhan pembunuhan kejam dan merogol beramai-ramai seorang gadis 14 tahun yang mencetuskan perdebatan nasional berhubung keganasan seksual.


Remaja Pembunuh, Perogol Gadis 14 Tahun Akhirnya Terima Hukuman

Mereka adalah antara samseng yang menculik remaja malang yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah di sebuah perkampungan kecil di sebuah pulau di barat Sumatera. Tubuhnya yang diseksa secara kejam ditemui tiga hari kemudian dalam hutan, diikat dan bogel.

Seramai 12 penjenayah ditahan dalam serangan itu. Sebuah mahkamah daerah ini di Sumatera, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada tujuh penyerang berkenaan berusia antara 16 dan 17 tahun.


“Ini adalah sejajar dengan tuntutan hukuman kami,” kata Eko Hening Wardhono, seorang pegawai daripada pejabat peguam negara, menambah polis masih menyiasat lima lagi tertuduh.

BACA: Kejam!!.. Remaja Dirogol Bergilir 14 Lelaki Sehingga Mati

Dua lagi suspek dipercayai masih bebas. Kejadian jenayah itu berlaku awal April lalu, namun hanya mendapat perhatian negara sebulan kemudian, ketika laporan insiden itu menjadi viral dalam media sosial dan puluhan ribu petisyen ditandatangani secara online.



Kes itu menjurus aktivis menggesa hukuman lebih berat ke atas penyerang seks dan mencetuskan bantahan di ibu kota Jakarta. Ia juga menyebabkan Presiden Joko Widodo menggesa perlindungan lebih baik ke atas wanita. -AFP
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments