Respon Pihak JAKIM Mengenai Pasangan Murtad Hina Islam Jadi Viral

Sepasang suami isteri yang mengaku murtad di laman Facebook masing-masing telah mengejutkan orang ramai. Mereka yang dikenali sebagai Sharifah Farlearton Fadil dan suaminya Mohd Yusri Bin Mohd Yusof didakwa telah keluar dari agama Islam tahun lepas.


Respon Pihak JAKIM Mengenai Pasangan Murtad Hina Islam Jadi Viral

Malah, sejak bertukar kepada agama Kristian, mereka sering menghina agama Islam melalui media sosial.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, jabatan itu akan mencari jalan penyelesaian selain mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan itu setelah mendapat laporan daripada JAIN dan pihak berkuasa berkenaan.


“Kita kena cari jalan yang terbaik untuk bawa (mereka) ke pangkal jalan. Sudah pasti kita akan mencari caranya. Ada banyak, saya lihat, tawaran yang diberi kepada pasangan itu untuk adakan perbincangan mengenai tindakan mereka.

“Jadi, kita harus mendekati mereka untuk mengetahui masalah…kita kena layan dengan baik, kita tidak tahu apa punca dan bagaimana pasangan itu terguris,” katanya.

Pasangan yang mempunyai lima anak itu dipercayai menetap di Melbourne, Australia dan mendakwa meninggalkan agama Islam hampir setahun lepas.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments