Top Ad unit 728 × 90

recent

“Saya Ingat Mak Bapak Saya Yang Masukkan RM13.8 Juta”

Pelajar Malaysia di Australia yang menjalani kehidupan mewah selepas sebuah bank secara tidak sengaja memberikan overdraf bank berjumlah A$4.6 juta (RM13.8 juta) beranggapan wang berkenaan adalah pemberian “ibu bapanya yang kaya-raya”.


“Saya Ingat Mak Bapak Saya Yang Masukkan RM13.8 Juta”

Ia merupakan kenyataan versi Christine Jia Xin Lee yang didedahkan dalam afidavit, yang diperoleh Fairfax Media, lapor Sydney Morning Herald pada Ahad.

Lee, 21, yang kehidupan mewahnya berakhir selepas dia ditahan dua minggu lalu semasa cuba untuk pulang ke Malaysia menggunakan pasport kecemasan dalam afidavit berkata, dia percaya ibu bapanya yang kaya di Malaysia memasukkan wang ke dalam akaunnya.

“Saya beli baju, kasut dan banyak beg tangan… kesemuanya di kediaman saya di Rhodes,” katanya yang dirakamkan sebagai berkata menerusi panggilan telefon dengan pengurus kanan penyiasatan kumpulan bank Westpac, Matt Tregoning.


Dalam butiran panggilan itu, yang terkandung dalam afidavit, Lee turut mengakui hanya mempunyai baki A$4,000 (RM11,770), dan ibu bapanya tidak gembira denganya.

“Ibu saya datang melawat saya pada Jun dan akan memberikan cek kepada bank.

“Saya ada (beritahu ibu bapa mengenainya) dan mereka sangat tidak gembira,” katanya.

Lee yang merupakan pelajar kejuruteraan kimia didakwa pada 5 Mei lalu kerana secara tidak jujur mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Dokumen lain yang dilihat Sydney Morning Herald turut mendapati Lee menerima deposit secara tetap daripada ibu bapanya selepas membuka akaunnya semasa masih berlajar di Universiti Sydney.

Lee menetap di Australia selama lima tahun dan menghabiskan masa dengan membeli beg tangan dan kasut mewah sementara Westpac dan polis cuba untuk menghubunginya.

Unit risiko produk bank berkenaan yang mengesan perkara itu apabila Lee membuat 14 transaksi berjumlah sehingga A$1.15 juta (RM3.38 juta) kepada akaun PayPal pada hari yang sama pada April 2014.

Bank itu kemudiannya membekukan akaunnya dan menghubunginya.

Ditanya mengapa dia fikir mempunyai wang sebanyak itu, katanya: “Ibu bapa saya memberikan saya banyak wang.” Sumber: Mstar

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

“Saya Ingat Mak Bapak Saya Yang Masukkan RM13.8 Juta” Reviewed by Adam Hakimie on May 22, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.