Terkini

“Saya Nampak Helikopter Terkena Panahan Petir...”

SRI AMAN: Seorang penduduk di rumah panjang Kampung Seduku dekat sini mendakwa, dia ternampak sebuah daripada empat buah helikopter yang terbang melalui perkampunganya terkena panahan petir ketika hujan lebat pada 5 Mei lalu.


“Saya Nampak Helikopter Terkena Panahan Petir...”

Mengimbau detik cemas pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40, berkata, ketika itu dia berehat di beranda rumahnya sebelum ternampak empat buah helikopter terbang menuju ke zon Sebuyau.

“Kampung ketika itu dilanda hujan lebat, ribut, petir dan guruh.

“Ketika duduk, saya mulanya ternampak empat buah helikopter yang terbang seperti berkonvoi.

Mona Lipek
Mona Lipek (Foto: Utusan Online)
“Sedang saya mendongak ke langit, secara tiba tiba helikopter keempat terkena panahan petir menyebabkan pesawat tersebut menjadi tidak stabil,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Mona memberitahu, dia yang cemas dan takut me­nyaksikan kejadian tersebut terus masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui bagaimana keadaaan pesawat tersebut.

Seorang lagi penduduk di kampung sama, Gelang Kadir, 39, pula mendakwa, semasa sedang memasak pukul 4.30 petang, dia menjadi panik apabila rumah dan pokokpokok di sekitarnya bergoyang.

Gelang Kadir
Gelang Kadir (Foto Utusan Online)
“Saya yang melihat dari tingkap, nampak sebuah helikopter terbang amat rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” ujarnya.

Sejurus selepas itu, kata Gelang, dia terdengar bunyi seolaholah letupan namun tidak dapat memastikan sama ada letupan itu berpunca daripada helikopter atau disebabkan petir.


Seorang nelayan, Arif Johari, 40, dari Kampung Lingga pula memberitahu, kawannya yang sedang bertukang mendakwa ternampak sebuah helikopter terbang rendah menuju ke arah Sebuyau sebelum pesawat itu hilang dari pandangan.

Arif Johari (Foto: Utusan Online)
Suut Ujang, 72, dari kampung sama pula menceritakan ketika kejadian, kampungnya hujan renyairenyai dan sesekali kedengaran petir.

“Saya ada terdengar enjin helikopter yang sangat kuat sebelun ternampak pesawat itu terbang rendah menghala ke arah Sebuyau,” katanya.

Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 membawa lima penumpang dan seorang juruterbang yang dilaporkan hilang di Sebuyau dekat sini disahkan terhempas di Batang Lupar. Lima mangsa yang ditemui terbunuh ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah.

Turut terkorban Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun.

Bagaimanapun, sehingga semalam, juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas belum ditemui. - KosmO!
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments