Terkini


Serpihan Dipercayai Helikopter Hilang Di Sarawak Dijumpai (5 Gambar)

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan pesawat dipercayai helikopter yang hilang dalam penerbangan dari Betong ke Kuching, petang semalam.


Serpihan Dipercayai Helikopter Hilang Di Sarawak Dijumpai (5 Gambar)

Serpihan itu dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kira-kira jam 9.50 pagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pasukan SAR belum menemui bangkai helikopter mahupun mangsa yang hilang.

Operasi SAR diteruskan pagi tadi dengan pencarian ditumpukan di sekitar muara Batang Lupar.

Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bin Bujang Pit dilaporkan sebagai berkata, pencarian dijalankan berhampiran Sebuyau dan Triso.

BACA: Timbalan Menteri Antara Yang Hilang Dalam Helikopter Di Sarawak

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak akan menyertai orang ramai untuk menunaikan solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Bahagian Kuching, tengah hari nanti, bagi mendoakan keselamatan enam orang yang menaiki helikopter itu.


Tan Sri Adenan Satem yang bimbang dengan keselamatan dan nasib enam orang yang menaiki helikopter yang hilang sejak petang semalam itu turut menggesa rakyat Sarawak supaya berdoa untuk mereka.





Helikopter itu membawa enam orang, iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah serta juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.


Helikopter yang disewa khas Hornbill Skyways itu dikatakan berlepas dari padang Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh, Betong, pada jam 4.12 petang semalam.

Bagaimanapun, ia dikatakan terputus hubungan pada 4.32 petang, ketika menghampiri kawasan Triso, Sebuyau.

No comments