SPRM Kelantan Tahan Dua Anggota Polis Terima Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua anggota polis di Kota Bahru kira-kira jam 11.55 malam, semalam kerana disyaki menerima rasuah.


SPRM Kelantan Tahan Dua Anggota Polis Terima Rasuah

Menurut kenyataan SPRM hari ini, kedua-dua anggota polis berpangkat Sarjan yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan kerana dipercayai menerima suapan bernilai RM200 bagi melepaskan orang awam yang tidak memiliki kad pengenalan.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” kata kenyataan SPRM itu.


Sementara itu, Hakim Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin membenarkan kedua-dua anggota polis tersebut direman selama enam hari bermula hari ini. -SinarOnline

No comments