DIRAKAM!!.. Suami, Isteri Curang Lempiaskan Nafsu Di Parkir Asmara

KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parking sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parking asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.


Suami, Isteri Curang Lempiaskan Nafsu Di Parkir Asmara

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.


Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parking pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu. - myMetro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments